BADAR adalah satu nama yang tidak asing lagi di SAM JAIS.Penubuhan BADAR adalah bagi merealisasikan matlamat JAIS itu sendiri.Peranan BADAR jua adalah sebagai fungsi bagi meneruskan legasi perjuangan Rasulullah yang pernah dilakukan oleh baginda 1431 H yang lalu.Ia juga berperanan bagi menjalankan aktiviti kerohanian kepada pelajar seperti program qiamullail,hari kebesaran Islam,latihan kepimpinan dan sebagainya.Ia juga menjadi antara salah satu badan terpenting di Maahad untuk memelihara tarbiyah seterusnya menjadi kunci kejayaan kepada pelajar.
Penubuhan BADAR telah dilancarkan pada 2008 dengan tujuan mewujudkan program yang bermanfaat bagi pelajar.Antara program yang menjadi target BADAR adalah dengan mewujudkan usrah disemua peringkat.Pada peringkat yang pertama usrah telah dilaksanakan dengan guru-guru menjadi naqib pada pelajar.Pada tahun 2009 DABAR telah mengubah corak usrah kepada slogan BORN TO LEADER memandangkan kepada keperluan masyarakat yang ketandusan pemimpin untuk memimpin mereka.Juga peringatan daripada pengetua ketika itu untuk melihat agar pelajar yang menghafaz tidak seperti burung yang duduk di dalam sangkar,yang sekadar memerhatikan sahaja masalah masyarakat tanpa melakukan sesuatu.
Seiring dengan penubuhan BADAR,maka program yang bersifat menjana serta melahirkan daie amatlah dititikberatkan.Semoga usaha yang sedikit ini akan dapat melahirkan pemimpin yang ditunggu-tunggu.

