Zulhijjah kembali lagi.suatu bulan yang amat besar ganjaran dan pahalanya disisi Allah.Diletakkan hari yang sangat ditunggu oleh manusia yang menantikan saatnya.Saat agar Allah mengampunkan segala dosa yang pernah dilakukan samaada dosa sebelum atau selepas.Masa yang menjadi salah satu unsur didalam syarat taubat kepada Allah sepertimana yang disebut oleh Imam Al-ghazali.Antara unsur yang perlu ada lagi iaitu Ilmu,masa dan penyesalan.Ilmu perlu ada pada manusia agar boleh membezakan antara dosa kecil dan besar,derhaka dan taat atau patuh dan ingkar.
Ilmu adalah satu kewajipan kepada umat Islam.Umat hebat adalah umat yang berilmu kerana dengan ilmu sahajalah boleh mengenal diri mereka dan bermacam perkara.Itulah sebab mengapa nabi menyatakan dalam hadis tentang golongan yang menuntut ilmu sehinggakan Allah akan membukakan jalan daripada jalan-jalan ke syurga.Bila manusia berilmu maka kita akan lihat manusia mudah untuk masuk ke dalam syurga Allah.rupanya bukanla sahaja dengan ibadah manusia akan masuk tetapi dengan amal ibadah yang lain.itulah sebab manusia perlu mengambil peluang ini untuk kesenangan disana.Disamping itu,bila manusia berilmu maka dia akan meraikan kedatangan Zulhijjah pada permulaanya.Didalamnya terdapat Yaum arafah,kerana pada hari itu Allah memakbulkan doa hambanya.begitulah kepentingan ilmu pada manusia.
bersambung……

