Pada tarikh 4 Julai 2010, Pihak Badan Agama Dakwah dan Rohani (BADAR) MITIB telah menganjurkan sebuah pertandingan mencipta surat cinta. Hal ini kerana senario zaman globalisasi hari ini menyaksikan keimanan semakin mudah terdedah dengan pelbagai godaan.
Oleh itu, Pihak BADAR mengambil inisiatif membantu pelajar- pelajar yang mungkin akan berada dalam dilema sekiranya mereka menerima sebuah surat cinta dari ajnabi mereka.. Dengan pertandingan ini, diharapkan pelajar dapat mengaplikasikan cara berdakwah kepada orang lain di samping mengukuhkan jati diri sekiranya digoda hawa nafsu.
Tarikh tutup pertandingan ini adalah pada 27 julai, oleh itu, dijemput kepada semua pelajar mitib untuk melibatkan diri bagi membantu insan-insan yang mungkin keliru dengan apakah langkah yang perlu mereka lakukan jika mereka merima sepucuk surat cinta dari seorang ajnabi ?

